Monday, January 22, 2007

Mencari Damai Abadi


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

PM Abdullah Ahmad Badawi

7 comments:

Selva said...

Remember the final scene of the movie, The Interpreter when Sylvia Broome(Nicole Kidman), with a gun to his head, forces Presiden Zuwanie to recite his own writings on the ideals of freedom and end to corruption that he turned he back on


hehe...dunno why, im suddenly reminded of that scene upon reading this sajak...not saying someone should do that to Pak Lah though, otherwise your blog will be sued like what happened to Jeff

Anonymous said...

nice pic..such an inspiring poem for a tuesdat~~

Hasrul Halid said...

Aku cari harta yang bertimbun-timbun,
Untuk anak menantu ,
Aku cari wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari kawan-kawan,
Untuk mengekal kuasa,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Dan aku telah terjumpa Khairi,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Untuk secebis undi,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Untuk kekal 3 penggal lagi,
Bagiku menikmati,
Makna sebenar DAMAI ABADI!

afifi said...

hasrul halid,
i love this bit
"Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Dan aku telah terjumpa Khairi,"

1Portal untuk 1Malaysia said...

selva : yeah!!! now i remember! not only i kena sue... kena jail ISA =(

freelunch : i think, therefore i am =P

hasrulhalid : salam hormat, banyak lagi version yang sedang diusahakan oleh rakan-rakan lain, tapi ini bagus juga

sheih : r u asleep yet? zzz..hello sheih? zzz..oi sheih, bangun!! malaysia needs u!!!

1Portal untuk 1Malaysia said...

afifi : me too :)

Anonymous said...

Ku bukan cari harta yang bertimbun-timbun
Tapi cari harta yang bergunung-ganang
is much more tepat

Aku cari mana dia Al-Cobra,
Aku cari mana dia Al-Litrak,
Biar pi rakyat porak peranda