Tuesday, January 16, 2007

'Sandiwara' Dr M

... saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan ... mengumumkan.. satu... perletakan jawatan saya (tersebak sambil meminum air) perletakan jawatan saya sebagai Presiden UMNO dan semua jawatan-jawatan... yang dipegang oleh saya... dalam parti, perletakan (jawatan) saya sebagai pengerusi BN dan semua jawatan dalam BN ...
--- Mahathir Mohamad

Semasa itu, seluruh perwakilan dalam Dewan Merdeka terpaku dan tersentak, dan serentak itu suasana kecoh berlaku dalam dewan itu - para perwakilan tidak bergerak dari Dewan Merdeka.

Datuk Seri Rafidah Aziz , orang pertama yang menerpa ke arah Dr. Mahathir di rostrum sambil berkata, why? Why?

Dalam keadaan kelam kabut itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyambar mikrofon secara spontan dari tempat duduknya dan berkata, kita tidak boleh terima ini... kita minta Datuk Seri tarik balik.

Dr. Mahathir menjawab, No..no.. I have decided... I have decided... dah lama dah.
Serentak itu, Datuk Hishammuddin Hussein turut meluru ke rostrum sambil menangis memegang bahu Dr. Mahathir dan kesemua ahli MT menyerbu dan mengelilingi Perdana Menteri.


Dr. Mahathir yang dikerumuni oleh para anggota MT, kelihatan sebak, menangis dan menggeleng-gelengkan kepalanya seolah-olah sebagai tanda beliau tidak mahu berganjak dengan keputusannya.

Setiap tahun sejak Persidangan Agung UMNO disiarkan secara langsung di Televisyen, seingat saya, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk mendengar ucapan dasar dan ucapan penggulungan oleh Presiden UMNO ke 5. TDM mempunyai daya penarik tersendiri di dalam ucapannya, bersahaja tetapi keras dan pedas. Terutama sekali di dalam ucapan penggulungannya yang sering membuat saya tidak kering gusi.

Bahkan saya dapati bukan saya sahaja, ramai kawan-kawan dari bangsa lain turut menanti untuk mendengar ucapan penggulungan TDM. Ianya seolah satu sumber hiburan berkualiti tinggi.

Dan hari bersejarah itu, saya masih ingat, saya tergesa-gesa kembali ke rumah untuk menonton siaran langsung ucapan penggulungan TDM, dan waktu saya mula menontonnya, TDM sedang di tengah-tengah ucapannya. Saya cepat-cepat betulkan kedudukan di sofa dan entah mengapa dengan tidak semena-mena Tun berkata “saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan ... mengumumkan.. satu... perletakan jawatan saya” selainnya sejarah yang kita sudah tahu.

Saya memandang ke arah isteri saya dan kami tercengang. Segera saya panggilkan anak-anak saya supaya duduk diam-diam di hadapan TV. Bila mereka bertanya kenapa, jawab kami serentak “Che Det letak jawatan”, “Apa tu letak jawatan mummy”, tanya anak saya yang nombor dua, “Dia dah tak mau jaga kita lagi…” jawab isteri saya.

“Kenapa Che Det tak mau jaga kita lagi mummy”, tanya yang sulong. “habis sapa nak jaga kita mummy?”, celah yang anak saya yang kedua tadi.

Persidangan Agung UMNO selepas era Mahathir sudah tawar dan tiada apa yang nak dinantikan di dalam ucapan dasar Presiden, apa lagi di dalam ucapan penggulungannya. Mendengar Abdullah (saya dah tak mau kutuk dia lagi LAH) berucap, saya seperti mendengar nenek saya membebel sambil mengejar ayam di bawah rumah waktu pagi-pagi di kampung dulu. Saya akan tarik selimut dan tarik bantal telangkupkan ke kepala. Tak ada faedahnya, membosankan. Dan apabila tiap-tiap tahun anda mendengar benda yang sama, anda mula tertanya kepada diri anda, orang tua ni dah desperado sangat ke? Tak habis-habis, duduk nak ingatkan orang tentang sumbangan dia. Tapi apa sumbangan dia yang kita nak diingat. Tak habis-habis nak isi bakul dan angkat sendiri sebab rakyat tiada yang memujinya. Tetapi itulah rumusannya.

Abdullah memanglah seorang pemimpin yang sah menerusi proses undang-undang, tetapi adalah baiknya kalau orang macam Abdullah ini balik sahaja ke kampung dan kejar ayam di bawah rumah tu, mungkin lebih berfaedah kepada ayam-ayam itu dan juga kepada orang kampung daripada tanpa segan silu mengaku dia tidak mahu jadi Perdana Menteri untuk satu penggal. Memanglah, majoriti rakyat Malaysia pun tidak mahu Abdullah menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal, kami mahu dia bersara sebelum cukup satu penggal.

Tujuan saya menulis malam ini bukanlah untuk mengutuk Abdullah, lebih baik saya tidur dari bercakap tentang kaki tidur, tetapi saya mahu mengingatkan kembali detik-detik perletakkan jawatan TDM secara mengejut. Bagaimana ia memberi kesan kepada kita semua. Bagaimana ia meragut kebahagian yang kita miliki sebelum itu.

Saya sering terfikir, ke manakah Tun Dr. Mahathir akan bawa kita jika sepuluh tahun pertama pemerintahannya, TDM tidak perlu berdepan dengan kemelut penentangan oleh Tengku Razaleigh, Musa Hitam, Abdullah Ahmad Badawi dan separuh dari kabinetnya.

Ke manakah Tun Dr. Mahathir akan mampu membawa kita, jika di penghujung sepuluh tahun pertamanya itu, dia tidak perlu membahagikan masanya di dalam memerintah negara dan pada waktu yang sama membina semula parti UMNO Baru.

Saya sering terfikir, di manakah puncaknya pemerintahan Tun Dr. Mahathir, jika di sepuluh tahun kedua pemerintahannya, dia tidak perlu berdepan dengan arus kebangkitan Melayu Wawasan yang penuh kontroversi. Di manakah puncaknya pemerintahan beliau jika di dalam tempoh itu beliau tidak perlu membahagikan masa memerintah negara dan pada waktu yang sama membuang masa kerana terpaksa mencuci berak orang-orang seperti Osman Arrof, Muhammad Muhammad Taib, Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar, Annuar Musa, Sabaruddin Chik dan lain-lain Menteri Kabinet, Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Saya sering terfikir, sejauh manakah Tun Dr. Mahathir dapat membawa kita menakluki dunia ini, jika di sepuluh tahun terakhirnya, tidak timbul Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Jika sepuluh tahun terakhirnya dia tidak perlu berhadapan dengan penentangan Anwar Ibrahim dan penyokong reformasi.

Saya sering terfikir, sehebat manakah bangsa Malaysia di kaca dunia, jika di penghujung pemerintahannya, Tun Dr. Mahathir tidak perlu berkerat rotan dengan Tun Daim Zainuddin yang amat disanjungnya, dan terpaksa berdepan dengan keruntuhan empayar korporat Melayu.

Dan saya sering berfikir, apakah yang difikirkan oleh orang-orang seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Abdullah Ahmad Badawi, Osman Arrof, Muhammad Muhammad Taib, Abu Hassan Omar, Annuar Musa, Sabaruddin Chik, Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin, Halim Saat, Tajuddin Ramli dan ramai lagi. Apakah yang mereka difikirkan bila pada 22 Jun 2002, seorang insan bernama Mahathir mengumumkan perletakkan semua jawatannya di dalam parti dan kerajaan. Tidakkah mereka melihat betapa lafaz-lafaz itu di isi dengan nada yang penuh kekecewaan? Tidakkah mereka merasa mereka adalah sebahagian dari kekesalan itu. Tidakkah mereka terfikir, andainya mereka tidak pernah wujud di dalam dunia pemerintahan Mahathir, betapa jauhkan negara ini dapat di pacu oleh Mahathir?

Sayang, Seribu kali sayang. Sepanjang dua dekad pemerintahannya, terlalu banyak najis-najis Menteri Kabinet, Pembesar Negeri, Kakitangan Kerajaan Pusat dan Negeri yang terpaksa di bersihkannya. Tun Dr. Mahathir, pemimpin agung kita, terpaksa menghabiskan sebahagian dari pemerintahannya sebagai pencacai mengangkat najis mereka ini. Aduh… kesal saya.

Tun, terlalu banyak sumbanganmu yang saya dan keluarga saya nikmati. Terlalu sedikit yang dapat kami pulangkan untuk mu menikmatinya.
Perjuanganmu bukan mencari Al Ghazali, bukan juga mencari damai di hati, perjuangan mu sungguh tulus, perjuangan mu mencari damai hakiki buat bangsa dan tanah air mu. Demi itu, kau bakar dirimu.

Source : kickdefella

No comments: