PELIK… BERITA PELIK….JATUH CINTA PADA BANGUNAN
NAZRI : JANGAN TUDUH–TUNGGU SIASATAN -malaysiakini
Nazri Aziz meminta supaya pihak, termasuk DAP supaya menunggu selesai siasatan terhadap kematian setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.
"Jangan tuduh-tuduh. Kalau tuduh, kenyataan mereka keluar nanti dekat laporan akhbar, menyebabkan masyarakat buat pandangan (sendiri) sebelum penyiasatan dibuat," tambahnya.
Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Mengulas lanjut, Nazri berkata: "Saya dapat laporan awal dari SPRM mengatakan dia dah dilepaskan selesai soal siasat semalam.
"Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu...," kata Nazri ketika dihubungi Malaysiakini.
"Kita kena tunggu dulu siasatan tu macam mana. Jangan terus membuat kesimpulan," tambahnya.
Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.
Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…
Kah kah kah…. MUNKEE NI ADA LAGI…. kah kah kah…
Woit… PELIK…. SIASAT SAMPAI PAGI KE?.... kah kah kah..
Woit… PELIK…. LEPAS SIASAT TAK NAK BALIK BALIK…kah kah kah..
Woit… PELIK….PELIK… INI BERITA BETUL BETUL PELIK….ADA KE MANUSIA DALAM DUNIA INI LEPAS KENA SIASAT BERJAM JAM…. BILA BEBASKAN…. TERUS LEPAK DI SITU….TAK NAK BALIK KE RUMAH….kah kah kah..
NOTA: Mungkin Teo Beng Hock ini telah jatuh cinta dengan bangunan SPRM hingga tak nak balik balik. Pelik.
Tetapi – kenapa tak nak balik kerana esok nak pergi mendaftar diri kerana nak berkahwin. Cukup pelik.
Oooooh ..Mungkin teksi sudah tak ada waktu subuh? Pelik. Kereta dia ada di tempat letak kereta. Pelik juga.
Kalau tengok gambar dalam Malaysiakini seluar dia koyak dan nampak seluar dalam. Ini lagi pelik.
Kalau tengok gambar yang sama – ada pulak batu bata dekat dengan kakinya. Ini sudah tujuh kali pelik.
Kalau macam ini lebih baik lagi Badan Pencegah Rasuah yang dulu. BPR jarang menyiasat. Kalau menyiasat tak sampai mati kah kah kah.
Thursday, July 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Orang Melayu Mudah Lupa. Nazri Aziz biadap.
Post a Comment