Monday, December 25, 2006

BAB 3 (End of the trilogy)

Setelah berehat sekian lama untuk menulis Bab 3 setelah Bab 1 dan 2 selesai, maka terdapatlah banyak perkara atau isu yang hendak di'highlight'kan. Kali terakhir trilogi ini akan saya ulas tentang beberapa scenario yang melanda negara yang menjadi percakapan umum. Pertama, krisis ekonomi yang diwar-warkan akan berlaku pada tahun 2007 atau 2008 ataupun 2009. Ini berkenaan dengan kunjungan George Soros, seorang spekulator mata wang asing yang dikatakan menyerang ekonomi Malaysia pada tahun 97-98 di mana bantuan IMF telah ditolak oleh Dr M ketika itu. Saya amat yakin bahawa sekiranya tindakan tidak diambil oleh kerajaan ketika itu menambat USD 1 =RM3.80, negara mungkin merosot jauh lebih dalam lembah kegawatan ekonomi. Sekiranya kita meminta bantuan IMF maka terdapat syarat-syarat yang akan dikenakan. Dari segi globalisasi dan 'free trade', memanglah ini akan menguntungkan kuasa-kuasa besar tetapi ini akan menyebabkan negara dilanda ketidakstabilan. Kemungkinan peristiwa di Indonesia akan berlaku di Malaysia dengan berlakunya rusuhan kaum dan kejatuhan kerajaan yang berdaulat. Akibatnya, tampuk kepemimpinan negara akan dipimpin oleh pemimpin yang pro-kuasa besar seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan kini. Menurut Raja Petra Kamarudin, editor M'sia Today.net, beliau berkata bahawa Soros ingin 'menguji kestabilan' Malaysia kerana Soros ingin melihat tahap kekukuhan kewangan negara. Akan tetapi, sebelum Soros menyerang negara pada 1997, beliau tidak pun datang berkunjung ke negara kita. Soal kedua ialah mengenai perjumpaan Dr M dengan Soros. Memanglah dalam politik atau ekonomi, tiada musuh yang selamanya. Ini dibuktikan dalam UMNO sendiri apabila Dr M membuka pintu kembali untuk membenarkan Tengku Razaleigh dan para pengikutnya dari S46 untuk menguatkan UMNO. Demikian juga di Sabah yang mana Joseph Pairin Kitingan yang suatu ketika dahulu Ketua Menteri Sabah dari parti pembangkang PBS kini adalah parti BN. Ini membuktikan bahawa Dr M sudi menerima kumpulan-kumpulan yang dulunya menentang beliau tetapi sudi masuk ke dalam pangkalan BN. Memanglah ini adalah satu strategi politik yang bijak kerana kerajaan BN akan menjadi stabil sekiranya lebih kurang pembangkang yang menentang kerajaan. Dengan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM, ramai rakyat tidak berpuas hati dengan Dr M, mereka bereformasi di jalanraya, meminta bantuan Amerika, dan macam-macam lagi. Sebab itu, pilihanraya 1999 BN kalah teruk di Kelantan, Terengganu, Kedah dan negeri lain. Pada masa itu, KeADILan tidak menang banyak, hanya PAS yang berjaya 'hijack' kes Anwar untuk mendapat simpati rakyat. Contohnya pilihanraya kecil di Lunas yang dimenangi oleh Saifudin Nasution dari Keadilan memaparkan calon BN yang berada dalam pakaian paderi banyak mempengaruhi undi orang Islam yang majoritinya orang Melayu. Jika Dr M benar benar mengamalkan pemerintahan kuku besi, sudah tentunya keputusan pilihanraya akan lebih cantik memihak kepada BN. Dr M is a no nonsense man. Sebagai pemimpin, kenalah ada sifat mengambil keputusan yang berani. Sudah tentunya gaya pentadbiran Dr M mempunyai kelemahan. Beliau dikatakan 'bail out' syarikat anak-anaknya ketika krisis 97. Beliau dikata sebagai 'Mahazalim', 'Mahafiraun' dan macam macam lagi. Akan tetapi ini tidak mengubah semangat beliau. Beliau tetap Dr M dan beliau membawa perwatakan 'the cunning fox' dan 'the OLD wise man'. Tindakan membawa Anwar Ibrahim ke dalam UMNO adalah satu tindakan yang bijak. Namun, kini, Anwar sudah tidak lagi dalam UMNO. Anwar, jika hendak menjadi PM, kena masuk UMNO. Ini bukan hanya sentimen saya, tetapi sentimen orang lain juga. Tapi ada satu masalah, iaitu Anwar kini telah 'pledge his loyalty to the opposition cause'. Perlantikannya sebagai presiden AccountAbility mengaburkan tujuan politiknya. Mana ada ahli politik yang memegang jawatan yang berkaitan dengan ketelusan. Jika benar hal ini berlaku, maka saya menabik Anwar sebagai reformis yang tulen. Khairy Jamaluddin mengatakan yang Anwarlah UMNOputra yang terkaya apabila Anwar menegur pemuda UMNO. Sebenarnya ini bukan perkara baru, sesiapa yang memegang teraju UMNO akan mendapat habuannya. Anwar sudah tentu tidak akan menafikan perkara ini kerana beliau memang menggunakan sumbernya dengan baik sekali untuk menyisih Tun Ghafar Baba suatu ketika dahulu. Ini telah diterangkan dalam bab sebelumnya. Anwar kini ada peluang untuk memimpin negara. Sama ada beliau masih menjadi pembangkang atau kerajaan, saya sukar nak ramal, tetapi jika mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah, keputusan Lembaga Disiplin UMNO juga mesti mengikut keputusan mahkamah, iaitu Anwar mestilah didapati tidak bersalah maka segala haknya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri harus dikembalikan kepada DSAI. Jika begitu, apa akan terjadi kepada Najib Tun Razak? Najib dilantik oleh Pak Lah sebagai PM, walaupun khabar angin mengatakan Dr M sebenarnya yang mahu Najib dilantik dan telah mengumumkannya terlebih dahulu. Dari segi karisma, Anwar memang tiada tandingan. Ini adalah pandangan saya. Gaya berpidato dan ucapan Anwar adalah sesuatu yang memberangsangkan. Abdullah, Najib, Hisham dan Khairy (yes even this Oxford grad) tidak mampu mengadakan face-to-face debate with Anwar. If they were to have a live debate just like John Kerry and George Bush in USA, Anwar will be the default winner. Anwar has a choice. It is either now or never. He can still be stuck in his academic world forever or he can make a difference. It is very hard to do both. During his interview with Prof Don Emmerson from Stanford Uni, Don suggested that he can be a role model for leaders to be active and analytical as well (meaning activist and analyser). But so far, I have never heard of any academician-cum-politican, have you? if you have, by all means, do enlighten me, i would love to share information). People who are in the academia never touch politics and vice versa. Maybe that is why there is so much stupidity in the governments around the world, but hey, i don't mean that all the professors and lecturers in uni's should quit from their posts and join political parties now, haha. Anyway, i just put it in jest. Anwar kini berada di crossroads, ya, persimpangan hidupnya. Beliau hanya berkata 'I'm not prepared to rejoin UMNO' tetapi beliau tidak berkata 'There is ZERO possibility of me rejoining UMNO'. Maknanya, peluangnya untuk kembali semula ke UMNO masih ada, itupun kalau gandingan Najib-Hisham membenarkannya. Seperti yang Raja Petra katakan, Anwar adalah senjata terakhir Abdullah dalam membiaskan segala kritikan Dr M. Jika Dr M terus mengkritik PM, maka Anwar adalah senjata strategik. Dengan ini, selepas Abdullah, Anwar boleh lagi menjadi PM dengan Khairy sebagai TPM. Dengan ini, it's a win-win situation for Khairy kerana dia sudahpun by-pass Najib dan Hisham. Apatah lagi dengan kes Mongolian Model yang dikaitkan dengan TPM dan orang dekatnya Razak Baginda. Setakat ini, saya tidak lagi melihat TPM berkata apa-apa mengenai kes tersebut. Namun, PM Abdullah ada berjanji bahawa pihak polis akan menyiasat perkara ini dengan penuh teliti. Najib sebagai Menteri Pertahanan harus menjelaskan bagaimana bahan letupan C4 mampu digunakan kerana memerlukan kelulusan Kementerian Pertahanan, ya lah..mungkin beliau sendiri tidak 'authorize'kan penggunakan C4 tersebut tetapi mesti ada orang lain, jadi Menteri kena explain. Di negara seperti UK dan US, the minister under scrutiny will resign temporarily to clear his/her name first while pending court case. Dan seperti pembunuhan high profile yang lain lainnya, banyak sangat misteri di sebalik tabir. saya tak nak pergi jauh ke dalam tetapi banyak blog yang menyentuh isu tersebut. cukuplah sekadar di permukaan. Bagi saya, kepentingan rakyat harus diutamakan. Banjir besar yang menenggelamkan banyak bandar di Johor merupakan satu petanda dari Tuhan. Saya percaya ini merupakan petanda bagi situasi yang lebih buruk. Seeloknya kita berhati hati dan 'menyediakan payung yang lebih besar+kuat sebelum hujan turun sekali lagi'. Ini amaran dari Mother Nature. Jadi prinsip 'dun play play' ala Phua Chu Kang harus dipegang. Christmad pun sudah..Tahun Baru bakal menjelang. Saya berdoa dan berharap semoga 2007 membawa kebaikan, kebenaran, kejayaan, kekayaan dan kesihatan serta segala yang lebih baik berbanding 2006, tetapi apakah saya akan silap...Sekian.

6 comments:

Anonymous said...

Hey man, sorry I haven't posted any comments here for a while. I have been reading your posts though.. I'll remember to comment next time k? Merry Christmas and Happy New Year to you :)

Anonymous said...

About that wikipedia entry, you're the one who wrote it, right? Of course they'd want to delete it la... Who will benefit from reading about that small event? :) You should write about some educational stuff i.e. medicine/biology/physics/etc., then they won't want to delete it.

Anonymous said...

I was expecting the trilogy to end with a bang, something dramatic like Neo finally kicking Agent Smith's ass or Trinity making the ultimate sacrifice of her own life. Well, that's the Matrix Trilogy but in the M'sian politics context, I was expecting some sensational predictions or speculations at the end. But it ended with new year well wishes and all, aiseh, macam tulis karangan SPM...


But hey, keep up the good work; the pen is mightier than the sword(keris) they say, the blogosphere may just be the best (and the only) battlefront left for us.

Memorable Love said...

salam hormat
( shenyeeaun.disagrees.net )

Memorable Love said...

Salam Sejahtera ,

Satu isu yang amat besar perlukan DSAI dan YB , Ahli Pembangkang, Parti pembangkang untuk berjuang mempertahankan rakyat jelata yang sudah malang lagi ditindas. Dengar kata mangsa banjir perlu bayar sejumlah wang kepada tentera sekiranya mahu diselamatkan. Ada juga ura-ura yang mengatakan bantuan dihulurkan mengikut kaum. Ada juga yang mengatakan hanya bukan melayu yang dicaj. Ada juga yang mengatakan ada tentera yang pada mulanya buka mulut RM 4000 dan selepas itu tawar menawar sehingga rm 400. Mangsa tersebut yang miskin fakir terpaksa pinjam wang untuk menyelamatkan. Kini saya tidak cukup bukti. Oleh itu perlukan DSAI bersama NGO dan parti pembangkang turun ke bawah dan cari bukti.

Biar kita perlu berdemonstrasi dan turun ke Johor pun tidak apa. Ini merupakan satu isu yang sangat kronik. Isu ini berkaitan dengan rasuah , salah guna kuasa , nyawa dan keselamatan manusia dan berbau perkauman. Ekploitasi peluang ini dan binasakan BN di Johor dan Melaka sekiranya Kementerian Pertahanan dan orang terlibat tidak dapat memberikan penjelasan dengan baik. Kalau petisyen untuk
menentang tindakan manusia yang tidak berhati perut ini diperlukan maka laksanakan.

MP Suputeh Teresa Kok kini sedang berjuang untuk mangsa tersebut. Apa yang menjadi lebih malang ialah Surat Khabar Melayu dan Inggeris tiada berita ini .Berita ini perlu digemparkan untuk menunjukkan salah guna kuasa dan gejala yang begitu teruk ini. Banyak lagi rakyat Malaysia tidak tahu termasuk diri saya masih ingin mencari lebih banyak bukti dan sumber untuk lebih lantang bersuara menentang. Perkara ini perlu disiasat dan digemparkan serta dijadikan alat menjelang pilihan raya akan datang.

Isu yang berkaitan dengan nyawa manusia tidak boleh kita pandang rendah. Kalau setakat rasuah dan salah guna kuasa masih tidak seteruk memperjudikan nyawa manusia !!!!

Kita perlu buat segala yang perlu untuk mendapatkan keadilan bagi mangsa yang terlibat. Suruh kerajaan bayar pampasan. Selain daripada isu ini. Ada juga ura-ura mengatakan money distribution kepada mangsa banjir juga diedarkan dengan tidak adil mengikut kaum. Isu ini belum ada orang yang membuat bising tetapi boleh disiasat dan suruh orang yang bertanggungjawab tampil ke hadapan dan memberi penjelasan. Isu ini berkaitan dengan rasuah , penyelewengan dan juga perkauman.

Diharapkan kita dapat siasat. Dapatkan lebih banyak sumber dan maklumat. Lepas itu kita binasakan orang-orang yang terlibat termasuk penjelasan yang baik daripada Kementerian Pertahanan serta orang yang terlibat dalam menyalurkan wang bantuan kepada mangsa.

Sesiapa yang ada maklumat sila email kepada saya. Saya akan perbesarkan isu ini.

http://teresakok.com/2006/12/29/allegations-of-graft-flood-in/
http://gfx1.hotmail.com/i.p.send.gif
Send
http://blog.limkitsiang.com/?p=902

http://www.nst.com.my/Current_News/nst/Saturday/National/20061230085337/Article/local1_html

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20061230003800/Article/

Sekian.

http://shenyeeaun.disagrees.net/VDVT

Anonymous said...

wah!

good analysis..try to use paragraphs? makes it easier to read ;D was squinting halfway through :D

anyway, yeah, according to a book, it is "Bersih, Cekap dan Lengkap"...don't ask me...

there is widespread speculation that anwar will NEED to return to UMNO to be PM.

but his support is strong among the grassroots and within UMNO. don't be surprised if more people leave UMNO to join PKR.

eventually, after the elections, PKR may join BN to form govt.

personally, i feel if anwar rejoins umno, it will harm his credibility as a reformist as the system of patronage politics within umno cannot be exhumed from within.