Pertama sekali, ingin saya ucapkan terima kasih kepada saudara Ravi Kumar yang sudi komen pada Bab 1, tetapi beliau tidak tahu apakah yang hendak dikomenkan. Tidak mengapa, moga-moga Bab 2 akan menarik lebih banyak komen. Hari ini marilah kita berbincang tentang perpaduan kaum di Malaysia. Saya berbangsa Cina. Akan tetapi saya menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia yang tercinta ini. Oleh itu, saya sebenarnya amat sedih apabila ada orang yang menggelarkan diri mereka Malaysian Malays, Malaysian Chinese, Malaysian Indians, bumiputras, non-bumiputras. This to me is very discriminatory tetapi apakan daya...hakikat ini merupakan suatu realiti di Malaysia. Sesungguhnya politik berasaskan perkauman is here to stay. Jikalau seseorang ahli politik ingin 'climb up the political leader', dia cuma perlu memainkan sedikit sentimen perkauman, lepas itu akan mendapat sokongan daripada akar umbi. Sebenarnya itulah taktik yang amat berbahaya kerana boleh mencetuskan rusuhan kaum, setidak-tidaknya protes kaum. Ingin saya kembali kepada statement Timbalan Ketua Pemuda UMNO Khairy yang menyatakan bahawa kaum Melayu di Pulau Pinang 'dimarginalised' oleh pucuk pimpinan negeri di bawah Dr Koh Tsu Koon. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat Malays in Penang who are marginalised. Akan tetapi, apakah hal yang sama tidak berlaku di negeri-negeri lain yang mana Menteri Besarnya sendiri orang Melayu. Saya bukan nak mempermainkan api perkauman di sini tetapi logiknya, sungguhpun negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor ditadbir oleh orang Melayu, kemiskinan tegar tetap berlaku dan orang Melayulah yang menjadi mangsa. Bukankah Khairy harus menegur Menteri Besar yang lain sebelum menegur Dr Koh? Saya bukan anti-Khairy. In fact, I think he has the potential to become the youngest Prime Minister by the age of 40 mengikut rumours. Tapi itu tak penting. Yang pentingnya, apakah statement immature seperti itu adalah perlu baginya mendapatkan political mileage? Khairy, anda mempunyai bakat dalam ucapan, anda kelulusan dari Oxford tetapi dari segi karisma dan oratory skills, Anwar tetap memenangi kamu. Mungkin anda terlalu muda untuk 'dijudge' tetapi pada waktu Anwar masuk ABIM, Anwar sudahpun terkenal sebagai seorang yang mampu mempengaruhi orang ramai. Khairy, anda belum tunjuk dan buktikan bahawa anda mampu menggerakkan the mass rakyat. Secara jujurnya, pandangan orang ramai ialah just because you are the famous son-in-law of Pak Lah, maka you ada advantage. I am sure you juga mahu membuktikan kelebihan you sendiri, betul? Like I said earlier, Khairy ada potensi, his English and Malay are both fluent. He speaks well in TV, he is a football fan, pernah sekali dia mengaku dalam TV3 bahawa 'saya ini memang gila bola' or something like that. Baguslah I am football fan juga, tapi sorrylah...I tak minat Man Utd. Okay, berbalik kepada perkara yang lebih serius. Dalam politik, apa sahaja boleh berlaku. Dalam sekelip mata, isu akan berubah. Setiap minit, setiap detik akan ada berita baru. Tapi adakah berita itu akan melibatkan kita, rakyat secara umumnya secara tidak langsung atau tidak? Itulah yang mustahak. Siapa kata politik tidak penting? Politik memang kotor, saya telah sentuh hal ini dalam bab 1, tetapi keputusan politik melibatkan our future, our generation and the future generation. Kecuali kalau saya migrate ke negara lain, itu benda lain (contohnya Pakar Bedah M Bakri Musa www.bakrimusa.com) di mana beliau bebas mengkritik kerajaan dari luar negara. Satu lagi contoh ialah Raja Petra Kamarudin yang menetap di Malaysia tetapi boleh balik ke UK anytime. Saya tahu beliau bertanggungjawab menguruskan the Free Anwar Campaign suatu ketika dahulu tetapi artikelnya memang menarik untuk dibaca, khususnya No Holds Barred dan The Corridors of Power (www.malaysia-today.net). Politik memang sandiwara. Semuanya nampak macam wayang sahaja. Saya pergi ke parlimen, dalam Dewan Rakyat bertengkar-tengkar, di luar dewan merokok, makan dan sembang bersama-sama. Bagusnya life as an MP, lepak sungguh (okay, maybe the opposition MP tak boleh lepak as much as BN MPs tetapi still seronok bila jadi MP). Inilah 'immunity' yang dienjoy oleh para MP. Aircond dalam Dewan begitu sejuk sehingga sesuai untuk tidur, no wonder the MPs doze off when a boring speech is taking place. Seriously I have been inside there and observed behind the MP seats (reserved for government officials only), there is direct aircond blower above me, fulamak..sungguh syiok tidur..i turned to my left..i saw a goverment servant sleeping! but he cant be blamed as it is indeed BORING! itulah Dewan Rakyat, memang tempat yang boring. Tapi sekali sekala adalah 'debat' dan 'lawan' sikit. Itu seronok nak tengok, wakes me up from dreamland. okay, enough about that. Berbalik kepada Perhimpunan Agung UMNO minggu ini, kepada para perwakilan, selamat bersidang dan selamat berdebat. Dr M kena rehat, tak jadi Tun datang ke PAU kali ini. Apa agaknya akan jadi kalau Tun hadir. Mungkinkah suasana lebih exciting? Tun amat keras dan pedas dalam kritikan terhadap kerajaan Pak Lah. Semasa berucap di Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun kata 'they will pay a price for converting the Malaysian government into a family goverment of Abdullah Ahmad Badawi.' Kenapalah Tun begitu tajam dalam kritikan beliau. Mesti ada sebabnya, bukan? Kalau Pak Lah nak korek segala benda teruk yang Tun buat, koreklah sekarang, tetapi tak ada tindakan? Pak Lah kena explain kenapa Tun buat kritikan macam itu. Dulu Dr M ada explain kenapa Tun tendang keluar Anwar, walaupun explaination Tun boleh 'diragui' tetapi still ada explaination. Ada logiknya. Pak Lah kena terangkan apa sebenarnya yang Tun tak puas hati. Tak elok kalau Pak Lah kata 'anak Tun dapat kontrak juga, cuma tak disebut dulu.' Tak boleh respond macam tu, strategi salah. Sebab Pak Lah ada image Mr Clean, sekarang tercalar dah. Saya sebenarnya support Datuk Seri, saya rasa Datuk Seri memang Mr Nice Guy. Scenario politik negara menjadi tenang dan lebih terbuka nampaknya di bawah pimpinan zaman Hadhari. Tapi Tun kata Malaysia kini police state. Siapa nak kita percaya? Police state atau open state. Tun memang pakar pengkritik. Satu barisan alternatif geng pembangkang pun kalah berkali ganda berbanding kritikan Tun. Sebagai mantan PM, Tun masih mempengaruhi pengaruh kuat terhadap majority generasi beliau, maksudnya yang lahir dari tahun 1981-2003. Ya betul, kita generasi muda, di bawah pimpinan Tun, kita rasa selamat. walaupun Tun kejam, walaupun Tun korup, Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya, Tun tetap terpahat dalam sejarah sebagai 'the best Prime Minister we ever had so far in Malaysia', so says one of my Malay friends. Hmm oops sorry, i also used the term Malay friend. Okay, I retract it, so says one of my Malaysian friends. Haha!!
Bab 3 akan datang...
Tuesday, November 14, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Wah, even longer post than the 1st one... penat je baca seluruh artikel.. Hopefully KJ will read it and comment on it la. Otherwise, it'll be such a waste you wrote so much advice for him, right?
But way to go! You can be a political analyst better than Abdul Razak Baaginda. (then you can murder and blow up another model's body, haha. joking)
So, Good luck!
Post a Comment