Tuesday, November 14, 2006

bab 2

Pertama sekali, ingin saya ucapkan terima kasih kepada saudara Ravi Kumar yang sudi komen pada Bab 1, tetapi beliau tidak tahu apakah yang hendak dikomenkan. Tidak mengapa, moga-moga Bab 2 akan menarik lebih banyak komen. Hari ini marilah kita berbincang tentang perpaduan kaum di Malaysia. Saya berbangsa Cina. Akan tetapi saya menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia yang tercinta ini. Oleh itu, saya sebenarnya amat sedih apabila ada orang yang menggelarkan diri mereka Malaysian Malays, Malaysian Chinese, Malaysian Indians, bumiputras, non-bumiputras. This to me is very discriminatory tetapi apakan daya...hakikat ini merupakan suatu realiti di Malaysia. Sesungguhnya politik berasaskan perkauman is here to stay. Jikalau seseorang ahli politik ingin 'climb up the political leader', dia cuma perlu memainkan sedikit sentimen perkauman, lepas itu akan mendapat sokongan daripada akar umbi. Sebenarnya itulah taktik yang amat berbahaya kerana boleh mencetuskan rusuhan kaum, setidak-tidaknya protes kaum. Ingin saya kembali kepada statement Timbalan Ketua Pemuda UMNO Khairy yang menyatakan bahawa kaum Melayu di Pulau Pinang 'dimarginalised' oleh pucuk pimpinan negeri di bawah Dr Koh Tsu Koon. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat Malays in Penang who are marginalised. Akan tetapi, apakah hal yang sama tidak berlaku di negeri-negeri lain yang mana Menteri Besarnya sendiri orang Melayu. Saya bukan nak mempermainkan api perkauman di sini tetapi logiknya, sungguhpun negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor ditadbir oleh orang Melayu, kemiskinan tegar tetap berlaku dan orang Melayulah yang menjadi mangsa. Bukankah Khairy harus menegur Menteri Besar yang lain sebelum menegur Dr Koh? Saya bukan anti-Khairy. In fact, I think he has the potential to become the youngest Prime Minister by the age of 40 mengikut rumours. Tapi itu tak penting. Yang pentingnya, apakah statement immature seperti itu adalah perlu baginya mendapatkan political mileage? Khairy, anda mempunyai bakat dalam ucapan, anda kelulusan dari Oxford tetapi dari segi karisma dan oratory skills, Anwar tetap memenangi kamu. Mungkin anda terlalu muda untuk 'dijudge' tetapi pada waktu Anwar masuk ABIM, Anwar sudahpun terkenal sebagai seorang yang mampu mempengaruhi orang ramai. Khairy, anda belum tunjuk dan buktikan bahawa anda mampu menggerakkan the mass rakyat. Secara jujurnya, pandangan orang ramai ialah just because you are the famous son-in-law of Pak Lah, maka you ada advantage. I am sure you juga mahu membuktikan kelebihan you sendiri, betul? Like I said earlier, Khairy ada potensi, his English and Malay are both fluent. He speaks well in TV, he is a football fan, pernah sekali dia mengaku dalam TV3 bahawa 'saya ini memang gila bola' or something like that. Baguslah I am football fan juga, tapi sorrylah...I tak minat Man Utd. Okay, berbalik kepada perkara yang lebih serius. Dalam politik, apa sahaja boleh berlaku. Dalam sekelip mata, isu akan berubah. Setiap minit, setiap detik akan ada berita baru. Tapi adakah berita itu akan melibatkan kita, rakyat secara umumnya secara tidak langsung atau tidak? Itulah yang mustahak. Siapa kata politik tidak penting? Politik memang kotor, saya telah sentuh hal ini dalam bab 1, tetapi keputusan politik melibatkan our future, our generation and the future generation. Kecuali kalau saya migrate ke negara lain, itu benda lain (contohnya Pakar Bedah M Bakri Musa www.bakrimusa.com) di mana beliau bebas mengkritik kerajaan dari luar negara. Satu lagi contoh ialah Raja Petra Kamarudin yang menetap di Malaysia tetapi boleh balik ke UK anytime. Saya tahu beliau bertanggungjawab menguruskan the Free Anwar Campaign suatu ketika dahulu tetapi artikelnya memang menarik untuk dibaca, khususnya No Holds Barred dan The Corridors of Power (www.malaysia-today.net). Politik memang sandiwara. Semuanya nampak macam wayang sahaja. Saya pergi ke parlimen, dalam Dewan Rakyat bertengkar-tengkar, di luar dewan merokok, makan dan sembang bersama-sama. Bagusnya life as an MP, lepak sungguh (okay, maybe the opposition MP tak boleh lepak as much as BN MPs tetapi still seronok bila jadi MP). Inilah 'immunity' yang dienjoy oleh para MP. Aircond dalam Dewan begitu sejuk sehingga sesuai untuk tidur, no wonder the MPs doze off when a boring speech is taking place. Seriously I have been inside there and observed behind the MP seats (reserved for government officials only), there is direct aircond blower above me, fulamak..sungguh syiok tidur..i turned to my left..i saw a goverment servant sleeping! but he cant be blamed as it is indeed BORING! itulah Dewan Rakyat, memang tempat yang boring. Tapi sekali sekala adalah 'debat' dan 'lawan' sikit. Itu seronok nak tengok, wakes me up from dreamland. okay, enough about that. Berbalik kepada Perhimpunan Agung UMNO minggu ini, kepada para perwakilan, selamat bersidang dan selamat berdebat. Dr M kena rehat, tak jadi Tun datang ke PAU kali ini. Apa agaknya akan jadi kalau Tun hadir. Mungkinkah suasana lebih exciting? Tun amat keras dan pedas dalam kritikan terhadap kerajaan Pak Lah. Semasa berucap di Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun kata 'they will pay a price for converting the Malaysian government into a family goverment of Abdullah Ahmad Badawi.' Kenapalah Tun begitu tajam dalam kritikan beliau. Mesti ada sebabnya, bukan? Kalau Pak Lah nak korek segala benda teruk yang Tun buat, koreklah sekarang, tetapi tak ada tindakan? Pak Lah kena explain kenapa Tun buat kritikan macam itu. Dulu Dr M ada explain kenapa Tun tendang keluar Anwar, walaupun explaination Tun boleh 'diragui' tetapi still ada explaination. Ada logiknya. Pak Lah kena terangkan apa sebenarnya yang Tun tak puas hati. Tak elok kalau Pak Lah kata 'anak Tun dapat kontrak juga, cuma tak disebut dulu.' Tak boleh respond macam tu, strategi salah. Sebab Pak Lah ada image Mr Clean, sekarang tercalar dah. Saya sebenarnya support Datuk Seri, saya rasa Datuk Seri memang Mr Nice Guy. Scenario politik negara menjadi tenang dan lebih terbuka nampaknya di bawah pimpinan zaman Hadhari. Tapi Tun kata Malaysia kini police state. Siapa nak kita percaya? Police state atau open state. Tun memang pakar pengkritik. Satu barisan alternatif geng pembangkang pun kalah berkali ganda berbanding kritikan Tun. Sebagai mantan PM, Tun masih mempengaruhi pengaruh kuat terhadap majority generasi beliau, maksudnya yang lahir dari tahun 1981-2003. Ya betul, kita generasi muda, di bawah pimpinan Tun, kita rasa selamat. walaupun Tun kejam, walaupun Tun korup, Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya, Tun tetap terpahat dalam sejarah sebagai 'the best Prime Minister we ever had so far in Malaysia', so says one of my Malay friends. Hmm oops sorry, i also used the term Malay friend. Okay, I retract it, so says one of my Malaysian friends. Haha!!

Bab 3 akan datang...

Saturday, November 11, 2006

Bab 1

SATU MUKADIMAH TENTANG SENARIO POLITIK TEMPATAN.

Sebagai permerhati politik tempatan dan rakyat biasa Malaysia yang tercinta ini, saya ingin memberikan pandangan saya berkenaan scenario politik tanah air kebelakangan ini. Umum mengetahui bahawa keadaan politik Negara nyata tidak stabil dengan kritikan bekas Perdana Menteri, Dr M terhadap kerajaan pimpinan Pak Lah. Dengan berlakunya penahanan Abdul Razak Baginda yang merupakan penganalis politik yang berhubung rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, seolah-olah satu fenomena yang kini tidak sabar disaksikan oleh rakyat jelata akan berlaku. Banyak telah diperkatakan dalam blog dan media massa tentang pengaruh Khairy Jamaluddin dan bagaimana beliau naik dengan mudah kerana pengaruh PM sendiri. Peristiwa ‘di-boo’ oleh perwakilan pemuda UMNO masih segar dalam ingatan semua. Namun, ingin saya tekankan di sini bahawa sesiapa yang naik dengan cepat dan mudah, akan turun dengan cepat dan mudah juga, itulah lumrah alam, contoh terbaik berlaku kepada Anwar Ibrahim sendiri. Sebagai protégé Dr M, Anwar naik dalam parti UMNO dengan cepat dan mudah. Beliau dilihat sebagai seorang yang fasih dan petah berpidato dan berceramah. Skil ucapan beliau memang tiada tandingan, hingga saya mengakui beliau merupakan ‘pemidato’ yang lebih cekap berbanding Dr M sendiri yang lebih konvensional dan fundamental. Inilah bakat dan peluang yang ada pada Anwar untuk bertapak kukuh dalam UMNO, menyisihkan Tun Ghafar Baba, sungguhpun terdapat dakwaan yang beliaulah yang sebenarnya memulakan kempen politik wang untuk mendapatkan tempat Ghafar. Bersalah atau tidak, itu bukan apa yang penting hari ini. Siapa berani menyatakan politik tidak kotor? Memang sangkaan umum bahawa Anwar seorang opportunis dan memang beliau bercita-cita hendak menggantikan Dr M sebagai PM. Namun, beliau telah tersalah kira dalam strategi percaturan politik untuk menjadi PM. Beliau bolehlah dianggap jahil dan agak cuai kerana beliau sepatutnya sabar dan tidak memberontak kerana memang Dr M akan bersara tidak lama lagi. Ini terbukti dengan penyerahan kuasa sementara kepada Anwar sebagai Pemangku Perdana Menteri suatu ketika dahulu. Anwar patut mencontohi sikap seperti PM sekarang yang menjadi timbalan yang baik dan mendengar cakap ketua beliau. Hari ini, terbukti Pak Lah telah memberhentikan kebanyakan projek mega Dr M yang turut ‘dipersetujui’ beliau ketika menjadi timbalan Dr M. Ini barulah percaturan politik yang betul. Sama ada dipengaruhi Khairy atau Kalimullah, hal ini tidak penting. Hari ini, Pak Lah ialah PM dan Pak Lah yang mengeluarkan arahan. Siapa kata kalau Anwar menjadi PM, beliau tidak akan dipengaruhi para penasihatnya? Seperti yang kita tahu, walaupun Anwar seorang yang petah bercakap, namun beliau tidak ‘sebijak’ Dr M dari segi akademik. Begitu juga dengan Pak Lah. Jadi, tidak hairanlah kiranya Anwar juga akan mengikut nasihat penasihat yang beliau lantik. Dr M juga mempunyai ramai penasihat, tetapi seolah-oleh semua keputusan dibuat oleh beliau kerana terdapat ‘one-man show effect’ setiap kali Dr M mengumumkan sesuatu atau memberikan temuramah media. Inilah kesan positif daripada pentadbiran Dr M. Beliau nampak in-control. Dr M dilihat mampu menyelesaikan masalah. Persepsi yang sama tidak terlihat pada Pak Lah. Dalam politik, persepsi rakyat terhadap pemimpin adalah penting. Walaupun Anwar begitu dikaitkan dengan rasuah dan politik wang serta kegiatan tidak bermoral yang hari ini dibuktikan tidak bersalah, majority rakyat memandangnya sebagai pemimpin yang berkaliber dan dianiaya oleh Dr M. Sebab itu dalam pilihanraya 1999, BN kalah teruk di Terengganu dan hampir kalah di Kedah. Parti PAS dan Keadilan berganding bahu bekerja keras mendapatkan simpati rakyat. Anwar berjaya menghasilkan ‘the reformasi effect’. Ramai bersimpati dengan kes beliau. Tetapi itu adalah zaman dahulu, zaman kini, Anwar bebas. Sama ada ‘dibantu’ oleh Pak Lah atau tidak, ini tidak penting. Yang penting ialah beliau kembali bertapak dalam arus perdana politik tanah air sekiranya beliau masih ingin berhasrat menjadi PM. Saya tahu dan yakin bahawa Anwar masih berminat, beliau boleh menafikannya tetapi sedalam-dalam sanubarinya, saya pasti beliau masih rasa tidak berputus asa. Apabila kita berdepan dengan dua pilihan, kita akan memilih yang terbaik antara dua calon walaupun kedua-duanya adalah korup. Ternyata Anwar mempunyai lebih karisma berbanding Pak Lah. In English, I would like to put it that Anwar is a born-leader, Pak Lah is a born-administrator. Maknanya, Anwar mempunyai cirri-ciri kepemimpinan yang berkarisma manakala Pak Lah pula hanya boleh menjadi pentadbir. Pemimpin yang berkarisma adalah penting. Rakyat menjadi yakin terhadap pemimpin yang berkarisma. Ini terbukti apabila Bush dan Blair berjaya meyakinkan rakyat mereka bahawa perang di Iraq adalah sesuatu yang mesti diteruskan meskipun semuanya hanya bohong belaka. Dalam real-politik dan politik berteraskan Machiavelli di mana ‘the end justifies the means’, ahli politik perlu memahami bahawa dalam masa yang singkat, dia perlu mendapat kepercayaan daripada rakyatnya supaya mudah bertapak kukuh untuk sepenggal lagi. Akan tetapi, dalam konsep dan taktik BN sebagai parti pemerintah, lazimnya ini tidak berlaku. Bila dekat masa pilihanraya, barulah BN melepaskan wang berjuta-juta membiayai projek untuk rakyat. Rakyat bukan tidak tahu tentang hal ini, tetapi beranikah rakyat mengundi pembangkang yang tidak menjanjikan habuan apa-apa? Sekurang-kurangnya, rakyat mendapat faedah dan cukup makan. Rakyat bukan bodoh, rakyat hendak hidup sahaja, rakyat tidak kisah siapa yang menjadi PM asalkan terdapat habuan ketika pilihanraya. Inilah kekuatan penting yang dimiliki BN dan UMNO umumnya. Mereka mempunyai wang yang banyak. Susah untuk parti DAP, PAS dan ADIL memecah majority 2/3 di parlimen. Mereka boleh mengurangkan majority tersebut tetapi tidak mungkin memecahkan sehingga menjadi slim majority seperti yang berlaku di India. Memang dalam tahun 2004, Pak Lah dikreditkan sebagai PM yang menang paling banyak kerusi dalam pilihanraya umun sehingga lebih 90% majority. Tetapi apakah maksud 92% itu? Adakah sebabnya Pak Lah is Mr Clean and Mr Nice Guy ataupun rakyat terlalu gembira dengan persaraan Tun. Ataupun kedua-duanya. Abdullah Ahmad Badawi memang terkenal dengan keluarga ulama beliau dan beliau seorang yang ‘down to earth’. Maknanya, rakyat masih menyokong BN, cuma tidak menyokong Tun. Ini bermakna rakyat mahu pembangunan di bawah BN kerana BN merupakan parti tunggal yang mampu ‘membela’ nasib rakyat kerana kekebalan dan kekayaan yang dimiliki. Yang pentingnya, kita ada satu barisan pembangkang yang kuat supaya BN tidak lari daripada tujuan asal untuk membela rakyat secara adil (simbol dacing) kepada satu parti yang terlalu korup sehingga rakyat tidak percaya lagi kepada BN. Ini mungkin atau tidak mungkin berlaku bergantung kepada fenomena politik negara. Namun demikian, simple majority juga boleh mengundang masalah yang serius sehingga boleh mengulangi sejarah hitam 1969. Fabrik yang menjalin perpaduan rakyat amat penting. Jika hilang fabrik ini, negara akan berpecah-belah…

Akan bersambung.

Friday, November 10, 2006

introduction...

The best online independant website providing impartial news as much as possible and also funny jokes plus interesting analysis is:

www.malaysia-today.net

and then we have others like:

www.malaysiakini.com
www.jeffooi.com
blog.limkitsiang.com
forum.mykmu.net
rockybru.blogspot.com

and many more...go to Malaysia-today.net and on the left column there is a list of all the blogs...its basically the source of news for Malaysians to read online!!!

Thursday, November 09, 2006

sambung sembang-sembang..

okok...marilah kita sambung-menyambung sembang-menyembang selepas ini...the 'persembangan' continues...